Pesawat Ulang-Alik Columbia
Pesawat ulang-alik Columbia (kod pesawat NASA: OV-102) adalah pesawat ulang-alik pertama dalam NASA. Pada 12 hingga 1 April 1981 telah bermula misi pertamanya iaitu STS-1. Pesawat ini meletup ketika misi ke 28 iaitu STS-107 pada 1 Februari 2003, sekaligus meragut nyawa tujuh orang angkasawan, iaitu Rick D. Husband (Komander), William C. McCool (Juruterbang), David M. Brown, Kalpana Chawla (Orang India-Amerika pertama di luar angkasa), Michael P. Anderson, Laurel B. Clark dan Ilan Ramon (Orang Israel pertama di luar angkasa). Secara keseluruhannya Columbia telah melakukan 28 penerbangan, menghabiskan masa selama 300,74 hari di luar angkasa, melintasi 4.808 orbit, dan terbang sejauh 201.497.772 km, termasuk misi terakhirnya.

Comments
Post a Comment